BULETIN REST@U
REHAT DAN SANTAI MENJANA PENGETAHUAN
Penerbit eksekutif
sidang redaksi 10/11
Ketua editor
IFFAH LIYANA JOHAR
Pembantu ketua editor
NURUSH SYAHADAh MAHMUD
Penyunting
SOLIHAH CHE KHALIB
NUR NAIMAH AZIZAN
NOR HAFIZA RAZALI
Ilustrasi & kreatif
RABIATUL ADDAWIYAH AZWA
SALWA SHAARANI
Penerbitan
SITI HAJAR HARIS
ANIS NABILA TARMIDI
Fotografi
Nurul HIDAYATUL AFIFAH
NOR AZURA YUSOFF
DARI MEJA EDITOR
Assalamualaikum & Salam sejahtera
pembaca budiman sekalian…
Bagaimana dengan persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan akhir semester? Diharap anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental, malah berkobar-kobar untuk ke dewan peperiksaan kelak.
Terlebih dahulu saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buletin ini. Tujuan utama bulletin ini dihasilkan adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan
Desasiswa Restu, perkembangan dan juga masalah berkaitan yang berlaku di Desasiswa Restu. Saya juga memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penghasilan bulletin ini kerana ini merupakan hasil kerja pertama dari kami.
Saya juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada para pembaca atas respon yang anda berikan terhadap penghasilan buletin kami. Semoga input-input yang disampaikan dapat memberikan manfaat dan dapat digunakan untuk kebaikan kita bersama.
Iffah Liyana Johar
Editor REST@U 10/11
SERAUT KALAM DARI PEMANGKU PENGGAWA
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera buat pihak Pengurusan dan Penghuni Desasiswa Restu. Saya berharap dan berdoa agar semua warga Restu berada dalam keadaan sihat , selesa dan bahagia.
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sidang Redaksi Restu atas penghasilan Buletin Restu edisi pertama ini. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan tahniah kepada pelajar baru Sidang Akademik 2010/2011 atas kejayaan anda menempatkan diri di Universiti Sains Malaysia (USM) dan selamat menjadi penghuni Desasiswa Restu.
Saya selaku Pemangku Penggawa berharap agar kehidupan di Desasiswa Restu dapat memberi keselesaan kepada para penghuni. Sesungguhnya kehidupan di universiti sangat berbeza dengan kehidupan di sekolah atau matrikulasi. Oleh sebab itu, saya berharap agar kehidupan anda sebagai mahasiswa-mahasiswi USM mampu mengajar anda untuk menjadi insan yang lebih baik dan Desasiswa Restu mampu memenuhi keperluan hidup anda.
Kehidupan di Desasiswa Restu amatlah berbeza dengan kehidupan harian pelajar. Oleh itu, saya berharap agar para pelajar dapat menyesuaikan diri dan sentiasa merujuk pihak pengurusan sekiranya terdapat sebarang permasalahan. Saya juga berharap agar para pelajar mampu mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelangsungan kehidupan anda. Setiap pelajar mestilah menanamkan sikap tolak ansur dan sentiasa bersabar dengan segala karenah yang dihadapi kerana sesungguhnya hidup bermasyarakat memerlukan komitmen dan kerjasama yang tinggi. Kehidupan anda akan lebih bahagia dan selesa sekiranya anda mampu memberi kerjasama kepada pihak pengurusan.
Dikesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada saudara Kumanan atas pelantikan saudara sebagai Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) 2010/2011 dan berharap agar anda menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Selamat menjalankan tugas kepada saudara dan barisan exconya serta salam perkenalan buat barisan exco yang baru menyertai MPDR. Semoga kerjasama kalian mampu memberi sumbangan kepada desasiswa restu. Rebutlah peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman dan jadikan kehidupan di universiti ini sebagai proses dalam mematangkan diri anda.
Salam perkenalan kepada semua penghuni desasiswa restu.
Sekian, terima kasih.
En. Azmi Hassan
Pemangku Penggawa Desasiswa Restu.
Assalamualaikum wbt. dan alam sejahtera buat pihak Pengurusan dan Penghuni Desasiswa Restu.
Didoakan ke hadrat Tuhan Yang Maha Berkuasa agar semua orang di Desasiswa Restu khususnya, dan di Universiti Sains Malaysia (USM) umumnya, berada dalam keadaan baik, selesa dan bahagia, sesuai dengan tanggungjawab dan kedudukan diri masing-masing.
Saya ingin mengambil kesempatan atas keluaran pertama BULETIN REST@U ini untuk mengucapkan selamat menjadi ahli keluarga Desasiswa Restu kepada para pelajar Tahun Pertama Sidang Akademik 2010/2011. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan selamat meneruskan kehidupan di Desasiswa Restu kepada para pelajar tahun kedua, ketiga dan keempat, juga untuk para pelajar yang sedang mengikuti kursus kemahiran bahasa, Sarjana dan Doktor Falsafah yang menghuni di Desasiswa Restu, baik dari kalangan penduduk Malaysia ataupun warganegara asing.
Kehidupan di Desasiswa Restu, tentulah berlainan sama sekali dengan kehidupan di rumah atau di tempat sendiri. Saya juga merasai demikian ketika mula-mula sampai ke benua dingin ini dan menjadi salah seorang penghuni Kota Frankfurt yang maju teknologinya, tetapi cukup berbudi bahasa masyarakatnya ini. Kadang kala apabila direnung-renung balik, alangkah malunya kepada masyarakat Eropah ini kerana begitu sopan sikapnya, misalnya mendahului menegur orang, tidak lekang berterima kasih, dan begitu rela hati memegang pintu umpamanya untuk memudahkan orang lain bergerak. Sikap ini bukan hanya di Johann Wolfgang Goethe Universität (University of Frankfurt) ini sahaja, tetapi malah di pasar raya, dalam bas, trem, urban (underground train), atau suburban (kereta api yang bergerak di bawah tanah dan atas permukaan bumi). Kata pepatah orang tua-tua dahulu, jauh perjalanan, luas pengalaman. Justeru, saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua penghuni Desasiswa Restu, iaitu supaya semuanya pandai-pandailah membawa diri di Desasiswa Restu ini dan juga di USM. Setiap yang baik, kutiplah dan jadikan sebagai bekalan hidup, manakala setiap yang buruk, hindarilah sebagai sempadan diri.
Memang kadang kala kita berasa marah dan tidak selesa apabila berhadapan dengan orang keliling yang bersikap kasar dan tiada adab sopan, kata-kata orang yang menyakitkan perasaan, teman sekuliah, sebilik atau sepersatuan yang pemalas dan suka mengambil kesempatan, lif tidak berfungsi, tandas kotor, meja makan tidak dibersihkan, wayar televisyen dicuri, dan macam-macam lagi. Namun, itulah kehidupan. Jika wujud sesuatu yang buruk, adakah kita mahu tergolong ke dalam keburukan itu? Cuba fikirkan! Jika kita semua pandai menjaga diri dan menjaga adab masing-masing, ikut peraturan serta berusaha melakukan yang terbaik, insyaallah, kehidupan kita akan berlangsung dalam keadaan yang baik, seperti yang kita impi-impikan.
Kepada Saudara Kumanan selaku Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) 2010/2011 dan barisan exconya, selamat menjalankan tugas. Selamat berkenalan juga diucapkan kepada barisan exco yang baru menyertai MPDR. Moga kalian semua dapat memberikan kerjasama terbaik kepada Pemangku Penggawa, Penolong-penolong Penggawa, Pembantu Penginapan Siswazah dan staf di pejabat Desasiswa Restu.
Akhirnya, didoakan semoga semua orang bahagia dan bergembira di Desasiswa Restu. Ambillah peluang untuk bergaul dengan ramai orang sebab universiti mendidik kita untuk menjadi insan khalifah!
Salam sayang dari benua dingin di musim luruh!
Dr. Rahimah Haji A. Hamid
Penggawa Desasiswa Restu.
Kota Frankfurt, 1 Oktober 2010.
Baru-baru ini sidang redaksi telah menemu bual YDP MPDR iaitu Kumanan Kandasamy yang merupakan orang pertama bukan muslim yang memegang jawatan Yang di-Pertua MPDR. Mari kita bersama-sama mengikuti temu bual bersama Yang di-Pertua MPDR.
Sidang redaksi: Selamat sejatera. Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemubua
Kumanan :Salam sejahtera, salam perpaduan!
Sidang redaksi : Bolehkah anda menceritakan serba sedikit tentang diri anda?
Kumanan: Nama diberi Kumanan Kandasamy, pelajar Tahun 2 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, major Sains Politik, minor dalam bidang Antropologi Sosiologi. Saya berasal dari Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di SJK (T) Ramakrishna seterusnya di SMK (L) Methodist Pulau Pinang sehingga tamat tingkatan 6.
Sidang redaksi :Tahniah kepada anda kerana diisytiharkan menjadi Yang di-Pertua MPDR. Anda merupakan orang pertama bukan muslim yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua. Apakah perasaan anda?
Sidang redaksi :Tahniah kepada anda kerana diisytiharkan menjadi Yang di-Pertua MPDR. Anda merupakan orang pertama bukan muslim yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua. Apakah perasaan anda?
Kumanan :Terima kasih. Saya amat gembira dan bersyukur apabila dipilih sebagai Yang di-Pertua MPDR bagi sidang 2010/2011 dan yang membanggakan saya merupakan bukan muslim yang pertama memegang jawatan YDP desa ini. Saya sangat bersyukur atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak Pengurusan Desasiswa Restu.
Sidang Redaksi: Bolehkah anda ceritakan serba sedikit tentang sejarah kepimpinan anda di Universiti Sains Malaysia?
Sidang Redaksi: Bolehkah anda ceritakan serba sedikit tentang sejarah kepimpinan anda di Universiti Sains Malaysia?
Kumanan :Saya mula melibatkan diri sebagai penyelaras projek dan menyertai seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak Universiti. Saya juga aktif dalam sebarang bentuk projek kemasyarakatan misalnya baktisiswa, program adik angkat dan sebagainya. Seterusnya, dalam MPDR pula saya mula berkhidmat sebagai Ketua Aras dan pernah memenangi 2 anugerah dalam Malam Penghargaan MPDR – ARENA 2009/2010 dan saya juga turut terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan pihak Universiti.
Sidang redaksi: Anda begitu aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh USM dan memegang pelbagai jawatan besar di USM. Bagaimana anda membahagikan masa antara akedemik dan tugas anda?
Sidang redaksi: Anda begitu aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh USM dan memegang pelbagai jawatan besar di USM. Bagaimana anda membahagikan masa antara akedemik dan tugas anda?
Kumanan : Kita perlu bijak membahagikan masa antara akedemik dan tugas saya. Kita perlu bijak dalam membuat keputusan. Tugas ini memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi dan ia bukanlah satu alasan untuk mengenetepikan soal akademik.
Sidang Redaksi: Sebelum kami mengundur diri,apakah nasihat dan harapan anda kepada MPDR dan penghuni Restu?
Sidang Redaksi: Sebelum kami mengundur diri,apakah nasihat dan harapan anda kepada MPDR dan penghuni Restu?
Kumanan :Saya berharap agar pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti universiti. Kami di barisan MPDR mengalu-alukan pandangan, komen, cadangan penambahbaikan dan penyertaan daripada para penghuni. Marilah kita berkhidmat untuk kebajikan dan kesejahteraan penghuni Restu.
AKTIVITI-AKTIVITI RESTU SEPANJANG BULAN OKTOBER
MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA
22 OGOS 2010
Majlis Berbuka Puasa ini telah dianjurkan oleh Biro Kerohanian yang di ketuai oleh Saudara Muhammad Faizal bin Zulkefle selaku Pengarah Projek. Majlis Berbuka Puasa ini telah dihadiri lebih kurang 400 orang penghuni yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Ini merupakan contoh bagi semangat 1 Malaysia yang harus diamalkan. Kami berharap semangat sebegini dapat terus diamalkan oleh setiap penghuni bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Kerjasama yang diberikan daripada penghuni amat kami hargai.
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
8-10 OKTOBER 2010
Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan selama tiga hari di Kampus Induk Pulau Pinang dengan kerjasama tiga buaha desasiswa iaitu Desasiswa Restu, Saujana serta Tekun. Majlis ini telah diadakan di Dewan Utama Desasiswa (DUD) dan telah berlangsung dengan jayanya. Selain hal itu, Majlis Tilawah ini merupakan majlis yang pertama diadakan di Kampus Induk kerana pada kebiasaannya Majlis Tilawah akan diadakan di Kampus Kejuruteraan.
KEM KEPIMPINAN MPDR 2010
15-16 OKTOBER 2010
Satu kem kepimpinan telah diadakan untuk Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) yang bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara ahli MPDR 2010/2011. kem ini telah diadakan di Desasiswa Restu dan Taman Negara Pulau Pinang. Banyak aktivti menarik yang telah disediakan oleh pihak Pengurusa MPDR. Kem ini telah memupuk semangat kerjasama serta semangat setia kawan di antara setiap ahli.Semoga MPDR sentiasa cemerlang pada masa akan datang.
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD)
8-10 &22–24 0KTOBER 2010
Sukan Antara Desasiswa Fasa 1 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kampus Induk, Pulau Pinang. Antara acara yang dipertandingkan adalah Badminton, Bola Sepak, Bola Tampar, Bowling, Bola Baling, Boling Padang serta banyak lagi. Bagi pengetahuan semua, Restu telah dinobatkan sebagai Johan dalam acara Bowling (L) dan Boling Padang (L). Tahniah diucapkan kepada atlet yang berjaya.Kami juga mengucapkan selamat berjuang kepada atlet-atlet Restu pada SUKAD Fasa kedua yang akan datang. Selamat Maju Jaya.
SENAMROBIK
24 OKTOBER 2010
Satu lagi aktiviti yang menyihatkan telah diadakan di Desasiswa Restu iaitu Program Senamrobik. Program ini telah diketuai oleh Saudari Nooranisa Bt Syed Sultan Ghani. Bagi program ini, pihak pengurusan telah menjemput jurulatih daripada Jabatan Belia Pulau Pinang iaitu Pn. Nurorain Bt Ismail. Program ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penghuni di mana seramai 139 penghuni telah turut serta dalanm senamrobik tersebut.Bagi perancangan pada masa akan datang, Program Senamrobik ini akan diadakan secara berkala sebanyak 2 kali seminggu.
HARI BERSAMA PENGHUNI
18-19 0KTOBER 2010
Satu Hari Bersama Penghuni telah diadakan anjuran Biro Kebajikan dan Antarabangsa yang di ketuai oleh Saudara ViknesvaraN a/l Kandasamy. Program ini diadakan khas bagi mengenalpasti masalah-masalah penghuni yang mendiamai Desasiswa Restu.Sambutan yang diberikan oleh penghuni amat memberansangkan dan banyak aduan telah dikemukakan. Selain hal itu, program ini juga telah mengetengahkan aktiviti yang akan diadakan kepada penghuni serta mencari peserta bagi aktiviti tersebut.
INFO LESTARI
Khasiat tersembunyi disebalik sebiji “EPAL”
epal merah
Ia mengandungi serat yang larut dalam air, asam organic, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandungi pektin yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap lebihan air dalm usus, membantu mengurangi masalah-masalah karies gigi dan gusi serta menurunkan kadar kolesterol.
EPAL HIJAU
Ia mengandungi zat besi, magnesium,potassium, sodium, kalsium, vitamin C,vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Amat digalakkan untuk memakan epal bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan di dalam ais selama 5 minit, kemudian letakkan dimuka, biarkan selama 15 minit. Kesegarannya akan dapat dirasai. Ia boleh melincinkan kulit sekiranya diamalkan selalu.
SELAMAT MENCUBA…!!










